Are You Already Been My Follower? If Not, Follow Now! :p

Friday, December 30, 2011

Kliklah Lagu Kat Bawah Ni Yang Korang Suka ! :D

1- Invisible ~ Skylar Grey

2- Naturally ~ Selena Gomez

3-Pyramid ~ Iyaz ft. Charice

4-We Found Love ~ Rihanna

5- You Make Me Feel ~ Cobra Starship


6-A year Without Rain~ Selena Gomez

7-What The Hell ~ Avril Lavigne


8-Smile ~ Avril Lavigne

9-Innocence ~ Avril Lavigne


10-Wish You Were Here ~ Avril Lavigne

11- Show Me Love ~ t.A.t.u



Thursday, December 29, 2011

Hah? Aku Masuk Kelas 3 Tabligh?

Ya, aku masuk kelas 3 tabligh tahun depan! Oh, pada sesiapa yang tak tau, kat sekolah aku ade 3 kelas, kelas yang pertama kelas Siddiq, kelas kedua kelas Amanah, dan kelas terakhir adalah kelas Tabligh yang dimana aku duduk sekarang ni! T__T . Daripada form 1 aku kelas tabligh, tabligh, dan tabligh! Haha, takpelah tuh, bersyukur kann. Ilmu bukannya terletak dalam nama kelas!

Tapi kann, aku just nak cakap aku bimbanglaa sebab tahu dpn aku pmr eennn, aku takut situasi kelas tu mempengaruhi aku dalam pembelajaran. u__u. Lagi2 kawan aku, Ahmad Haziq Syafiq! Dia kelas amanah pulak! Dahlah time aku kelas 2 tabligh dulu aku kawan dengan die sorang jea! kang 3 tabligh aku nak kawan ngan sape? Huuu u__u.

Takpelahkan, mungkin ada himah disebalik apa yang berlaku. So that's! Dengan ini , saya mengisthiarkan yang post ini berakhir di sini sahaja, terima kasih kerana sudi membaca dan mengelike dan mengeshare hehe! Assalamualaikum. :D

Sunday, December 25, 2011

Fakta-fakta ini adalah non-copypaste hehe

1-FAKTA : Dalam satu hari, kita takkan terlepas untuk melihat diri kita di cermin. Siapa yang tak tengok muka korang dekat cermin dalam tempoh satu hari tu, korang maskesure korang manusia eh? =='

2-FAKTA : Apabila kita terlalu meminati sebuah lagu itu, kita akan fikir yang lagu itu adalah untuk kita. Lagu itu untuk hidup kita. Betul tak?

3-Aku rasa takpayah lah aku nak taip Fakta. Penat aku. Okey ni bukan fakta okey.

4-Time korang kecik2 dulu korang suka balancekan suis lampu korang antara ON/Off kan? JUJUR je le -.-

5- Dan korang jugak pernah tutup peti dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati kan? -.-

6- Ni lagi satu fakta yang tak menahan nie, korang suka lukis bukit banyak2 dekat kertas lukisan, pastu dekat penjuru bukit tuh ada matahari. betul tak? -.-

7- FAKTA : Blog ni lawa. :p

8- Korang mungkin tak paham ape maksud tersirat UPSR, PMR dan SPM, haa, ini aku nak gitau. UPSR means Untuk Pelajar Suka Ria. PMR pulak means Pelajar Mula Resah. SPM pulak Semua Pelajar Mampos! =='

9- HALAL lelaki memboncengkan girlfriend dia di atas motor tetapi dengan syarat bapak girlfriend dia tu berada di tengah-tengah antara mereka :)

1O - Korang pernah buat ni, time habis makan jea, korang pernah tulis macam2 kat pinggan hasil daripada kuah2 lauk yang korang tak habiskan .

11 - kebanyakan manudsia bermimpi pada pukul 4 pagi - 7 pagi .

12 - Manusia akan lupa 80% daripada apa yang dimimpinya  selepas bangun .

13 - Perkara yg paling korg tak suka time periksa adalah time cikgu or pengawas peperiksaan asek tengok paper korang je time korang menjawab pekse .

14 - Orang German mengeja R dengan "gh" dan hampir kesemua rakyat german pelat R kerana merka sudah terbiasa dengan spelling "gh"





Okey, aku stop kat sini dulu. baru 8 kan. Ingat senang ke aku nak wat nie? Okeyla. Korang add le aq. Ini Facebook Aku. Jap2! Korang caye tak yang aku cakap fakta ni non-kopi dan pasta? Okeyfine kalau tak caya ! Ini buktinye ! aku dah tunjuk kat fb aku ndulu sebelum aku tunjuk kat blog aku ni okey ! >:( Klik sini! Hah? Camne? Betul takk? caye tak ? haha!Okey! Sambung balik dengan 250 Fakta TERBARU !!

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut 'title'

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari 'Zoning Improvement Plan'.

18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

26. Tanda 'save' pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri

40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.

41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.

47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan "Solarmax".

49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing

52. Nombor "172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

54. Pada poster film 'Pretty Woman' Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.

55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

56. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.

57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam

59. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.

60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.

62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori

63. Darah sama pekat dengan air laut

64. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik

65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor 'Helloween' sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.

66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

67. 1 bayi lahir setiap 7 saat

68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17

69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

71. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit

72. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya

73. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum

74. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi

75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.

76. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria

77. Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.

78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

79. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan

91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

92. Coca-Cola dulu berwarna hijau

93. Secara fizikal, khinzir tidak boleh mendongak ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata "Muppet". Kombinasi dari "marionette" dan "puppet."

97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata "lethologica" menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.

101. Sekitar 14% penagih yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.

102. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut "palindrome" .

103. Siput boleh tidur selama 3 tahun

104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata

105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika

106. Kerana pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya daripada kearah timur

107. Satu dari 9000 orang menderita albino

108. Keursi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi

109. Kita menyambut ulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia

110. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu

111. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun

112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10

113. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh

114. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang

115. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal

116. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat.

118. Seekor Babun bernama 'Jackie' menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama

119. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.

120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit

121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata

123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan

126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari

127. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam

128. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.

129. Memrlukan waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.

130. Daya ingatan ikan hanya 3 saat

131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.

132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.

133. Beruang dewasa boleh lari sepantas kuda

134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia

135. Obur-obur terdiri dari 95% air

136. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

138. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)

139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah

140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.

141. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.

142. Winston Churchill lahir di toilet wanita pada waktu majlis tarian

143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag

144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)

145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

146. Coklat mencair dalam mulut karena titik cairnya adalah 35 darjah celcius

147. Tisu tandas dicipta pada tahun 1857

148. Lembu tidak mempunyai gigi atas

149. Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan.

150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.

151. Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.

152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming

153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga

154. Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus

155. Seorang rakyat Amerika mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh seekor kuda.

156. Seorang manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.

157. Agen rasa kupu-kupu ada dikakinya

158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap

159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya

160. Tapak sulaiman tidak punya otak

161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza

162. Kebanyakkan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.

163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit

165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

166. RSVP adalah Respondez S'il Vous Plait yang artinya 'mohon jawapan'

167. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu

168. Ikan emas yang bunting disebut 'twit'.

169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

170. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang

171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

172. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam

173. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.

174. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"

175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil

176. Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat

177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

178. Hamster sangat suka makan cengkerik

179. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.

180. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.

181. Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras

182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit berperang.

183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor

184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.

185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.

186. Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.

187. Kuda Nil kentut melalui mulut.

188. Shakespeare ialah orang yang menemukan kata "assassination" dan "bump."

189. Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia

190. Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.

191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.

192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan "GP", bahasa militari untuk General Purpose.

193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

194. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg

195. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam

196. "Quidnunc" adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

197. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

198. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

199. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.

200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

201. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).

202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.

203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen

204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat dicium dalam nafas kita.

207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita.

208. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya

209. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

210. Di jepun, warung kopi disebut 'Kissaten'.

211. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.

212. Jaguar takut pada anjing

213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari

214. Johnny Deep takut pada badut

215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.

216. Dalam golf, 'Bo Derek' adalah istilah untuk nilai 10.

217. Iceland mengambil Coca-cola perkapita lebih daripada lain-lain negara.

218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu

219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.

220. Di Itali, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama 'Topolino'

221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.

222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.

223. Nyamuk lebih suka kanak-kanak daripada orang dewasa.

224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati

225. Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya

226. Dalam bahasa Inggeris, 'Naked' artinya tanpa perlindungan.

227. Broccoli dan kubis bunga adalah sayuran yang berupa bunga.

228. Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.

229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangunkan Taj Mahal.

230. Dalam kajiselidik terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang menguburkan kepalanya dalam tanah.

231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

232. Shuttlecock untuk badminton harus mempunyai 14 bulu.

233. Mutiara boleh larut dalam cuka.

234. khinzir tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.

235. Venus dan Uranus adalah planet di tata suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.

236. Microwave dicipta setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui tabung radar mendapati coklatnya meleleh disakunya.

237. Ikan yu kebal terhadap kanser

238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen

239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

240. Kita boleh menghela lembu naik tangga, tapi tidak boleh menghela mereka turun tangga.

241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi "Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND."

242. Kapal Cruise Queen Elizabeth 2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.

243. Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.

244. Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram

245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.

246. Penguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (Garisan tengah bumi).

247. Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan kuping kanan

248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya

249. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

250. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita



Thursday, December 22, 2011

Aku Dah Deactive Facebook Aku! Muahaha~

Okay, as you all know as the title aku nak citekan pasal aku dah deactive facebook aku! Seronok gila weyh! Ce try! Aman sikit hidup aku tanpa facebook! Bukannya menderita~ huahuahua (serious!)

Kenapa aku cakap aku aman? haha. sbb aku akan fikir yang aku punya facebook takkan ade noti sbb dah invisible! muahaha. takde sape nk anta noti and takde sape boleh! eh, ckp pasal invisible ni, korang da dengar lagu invisible tak? pi la dengar. sedap jugak lagu dia~ haha.

Sekurang2nya aku bebas. sebab tahun dpn pmr lah aku buat canie. nanti bile 28 november 2012 nanti aku reactivate lah balik. Eh korang? Korang caye tak aku cakap aku deactive facebook ni? tak caye? Okeyfine! ni ada buktinya! disnap oleh sesorang
yg perlu dirahsiakan identitinya ye. muwahaaha.


Monday, December 19, 2011

Tips2 Untuk Kejut Rakan2 Atau Ahli Keluarga Anda Bangun Tidur Dengan Cara Yang Efektif!

First, kalau dia susah sangat nak bangun, buat cenggini:-
-percik kan air panas ke muka nya
-jerit sekuat2 ke telinga dia
-tampar muka dia dngn tangn anda ...ikut suka la nak kuat ke slow2

Kalau cara yang pertama masih tak berkesan, guna yang ini pulak :-
-jerit api2 dngn sekuat2 hati anda
-goncang2 kan badan dia dngn sekuat kuat nya
-letakkan ayam goreng di hidungnya

Tapi kalau ketiga ni tak berkesan, guna yang nie pulak k? :-
- nyanyi lagu nasyid kat telinga dia cmni '' BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL ''
- pergi ke telinga dia dan bisik kuat2 MAARAA BUKAAA !!

Dan kalau dia masih tak bangun lagi, panggillah imam ke ahli masjid ke sebab Allah lebih menyayanginya. Kita hanya dapat sedekahkan Al-Fatihah mogamoga rohnya dicucuri rahmat... :'D

Sunday, December 18, 2011

Sekolah Dah Nak Mula?

HOLO people! I'm back! Dan ni aku nak cite perkembangan baru nie wei. aku da delete lagu dalam blog ni. taknak bagi pembaca pening la. xD . haha . ape? sekolah da nak mula? Camne nie? Adussh! serious runsing gile weh! Dengan fail kerja kursus geografi aku yang masih lagi tak dapat dikesan mana dia. hadoiii . -.-

Okeylah, aku malas nak cakap banyak, aku out luh eh? ade masalah? takde enn ? kbaaiii ! :) . haha ~ jumpe next year k ? okey2 for information jangan lupe add facebook aku weih ! mana facebook aku? This is my facebook okey? jangan lupa add yaw! kbaii :)

Thursday, December 15, 2011

Fail Kerja Kursus Geofrafi Aku Hilang!

Okey, pada hari ini, Aku tak tau berapa hari bulan. BUT! Apa yang penting aku nak bagitau, adelah pasal FAIL KERJA KURSUS KERJA GEOGRAFI AKU HILANG! Ya Allah, aku tak tau camne nak gambarkan perasaan aku! Okey sebelum tuh aku nak bagitau yang KKG tuh adelah lebih kurang cam FOLIO ar..

Aku takut kalau ibu aku terjual fail tuh.. Mmmpoz aku kalao kertas tuh dijual T__T . Kertas dah lupus lah kalao dijual kat tokei jual suratkhabar tuhh . Kertaas dalam fail tu dah lah banyak . Takkan aku nak mula balek kot ? HARAPAN ar klao camtuh T__T .

Kalao nak mula tahun dpn? buzy kot.. tahun dpn aku PMR weh ! aku tak dapat tau ape permulaan tahun 2012 yang akan datang . InsyaAllah , elok saje, I hope that there has someone that help me to solve this problem T__T

Wednesday, December 14, 2011

Tips Cover Malu !

Okey, harini aku nak bagi 5 tips untuk cover malu korang! Tu pun kalau sama situasi jelah xD . hahaha.

1. Kalau anda diketawakan rakan kerana tidur di ofis sampai terkeluar air liur basi, anda hendaklah bangun dalam keadaan separuh sedar kemudian buat-buat seperti terkena sawan sambil keluarkan lebih banyak air liur. Dijamin rakan anda akan panik dan berhenti ketawa.

2. Kalau anda tersilap tegur orang yang tak dikenali, teruskan menegur dan keluarkan duit seperti anda berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.

3. Jika anda ditegur rakan kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba badak bahawa "inilah gaya fesyen terbaru"ataupun katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsampah "biar rosak zip, jangan rosak akhlak!".

4. Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Teruskan bercakap dan ketawa seorang diri seperti pontianak harum sundal malam sambil menyumpah member anda. Tiada orang yang akan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental yang kronik.

5. Jika anda tersalah masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat adalah buat muka gelabah biawak dan cemas kalau boleh beraksi macam biawak sambil berlakon ingin mencari isteri yang masuk tak keluar-keluar selama berjam-jam menunggu! :D

Tips Untuk Hilangkan Stress!


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa


. 5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya

Tips

Pilih arr cerita mana satu yang korang nak tengok.. :)

Tuesday, December 13, 2011

Okey! Welcome to the page 'About Me' ! Dekat sini aku akan citekan pasal aku. Weeehe :p

My Name : Ahmad Syukran Bin Muhamad Radzi
Born On : 28 November 1997
Born At : perlu kea? tak penting! -.-
School : Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. (I'm ex-SKSML, SKDP)
Aku suka warna yang terang. aku suka warna kuning, biru cair, hijau cair, and segala warna yang teraang! Hehe ^_^
Aku suka makan makanan yang rangup! ^_^
Aku suka makanan yang berunsurkan oren, limau, lemon, dan saudara2nya yang lain! ^_^
Hobi aku adalah suka ambik gambar yang menakjubkan! Kira2nya power la! Hehee.. Macam photographer la.. ^_^
Haha. Okeylah, Thankyou kerana sudi baca ! ^_^ ! bawak2 share, bawak2 like.. n_n

Friday, December 9, 2011

Assalamualaikum, untuk masa ni takde pape post langsung!

tata! haha! enjoy la lagu aku tuh! wakaka xD